Wartawan, ahli politik & aktivis hak asasi Tawakel_Karman

Karman merupakan seorang wartawan dan juga ahli politik bagi parti politik Al-Islah. Beliau telah bekerja untuk memperbaiki hak asasi manusia. Sebagai seorang wartawan, beliau membantu perkhidmatan berita telefon mudah alih selepas kerajaan tidak memberi lesen kepada mereka. Beliau telah mengetuai protes untuk menuntut kebebasan media dan menganjurkan protes mingguan untuk pembaharuan.[1][10] Beliau mengetuai protes rakyat Yaman untuk menyokong Arab Spring selepas rakyat Tunisia menggulingkan kerajaan Zine El Abidine Ben Ali pada Januari 2011. Beliau telah menentang Presiden Ali Abdullah Saleh dan merasakan Presiden Ali tidak sepatutnya terus menjadi Presiden.[11]